About Us


Bundlehouse merupakan perniagaan didalam talian (online store) yang menjual pelbagai jenis pakaian terpakai yang terpilih sahaja. Telah mula berniaga sejak Mac 2009 secara online dan mempunyai pelanggan tetap dikalangan peminat Bundle. Sepanjang perniagaan kami yang hampir 3 tahun ini, rungutan/aduan negatif belum pernah kami terima. Alhamdullillah, Bundlehouse diterima baik oleh peminat-peminat Bundle di Malaysia.

Di Malaysia, pakaian terpakai lebih dikenali sebagai pakaian 'Bundle'. Menyasarkan kepada semua pihak/golongan yang meminati pakaian Bundle dan harga setiap barang adalah mengikut harga semasa. Pada yang tidak tahu/tidak meminati pakaian Bundle, mungkin lebih memikirkan bahawa pakaian Bundle ini adalah pakaian buruk, pakaian murahan, lusuh & sebagainya. Namun, bukan semua pakaian Bundle sebegitu. Pakaian Bundle mempunyai peminat diseluruh dunia seperti Japan, USA, UK & Thailand..kerana nilai 'vintage' & 'rare' yang membuatkan harga setiap pakaian Bundle itu menjadi mahal. Jadi, untuk mendapatkan yang betul-betul 'rare' & 'vintage', memerlukan kesungguhan & ketekunan dalam mencari didalam timbunan pakaian. 

Untuk memilih pakaian Bundle, pelbagai pengetahuan perlu ada kerana setiap pakaian ada sejarah tersendiri. Dari jersi bolasepak tahun 70an,80an, pelbagai jenama yang sukar didapati, keluaran 'Limited Edition', jenama yang sudah tidak wujud, band-band lagenda yang menjadi tumpuan mat saleh luar negara, dan pelbagai lagi, boleh dicari melalui Bundle. Hanya melalui Bundle. Sehinggakan sehelai pun boleh mencecah ratusan & ribuan USD. Boleh lihat sendiri di Ebay.  Jadi, di Bundlehouse, pihak kami cuba untuk mencari dan menjual pakaian Bundle yang terpilih & terbaik dari segi kualiti baju yang berbaloi bagi semua pihak. Harga boleh tawar menawar dan harga yang dipaparkan adalah termasuk poslaju ke rumah anda. Kepercayaan anda adalah keutamaan kami. 

Bundlehouse hanya mencari rezeki halal dari hasil penjualan pakaian Bundle bukan hasil tipu duit pelanggan. Barang yang dibeli dijamin sampai ke tangan pembeli. Itu jaminan kami. Urusan kami adalah melalui pembankan MAYBANK & melalui perkhidmatan POSLAJU. Segala urusan adalah melalui no telefon 0103835702 / 0139160013 shj!! Sekiranya anda mahu COD (Cash On Delivery), sila maklumkan kepada kami. Lokasi COD akan dimaklum. Sekian.

"BE UNIQUE. BE DIFFERENT. BE YOURSELF"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...